Friday, November 5, 2010

Personaliti Facebook Yang Kita Agak Menyampah

Berikut ialah contoh rekaan semula updates status Facebook oleh mereka dalam 'friend' list korang dalam masa seminggu yang korang mungkin atau tak pernah  perasan.  


Perempuan-yang-mari-saya-bagitahu-setiap-perkara-dalam-hidup-saya baru nak mandi.
Orang yang tak pernah pernah beri komen Memang patut pun!


Si penyedih yang mahukan peneman dalam bentuk manusia betul-betul rasa sedih hari ni. 

Intan bukan nama sebenar is in a relationship with Hanif 


Kawan yang patut simpan je cerita pasal badannya yang berfungsi on da way ke Tesco nak beli some overnight pads. Heavy flow betul hari ni.  Whoosh.
Mamat yang patut ambil kelas mengeja Eww gewlinyew, cewpat bewli okee. NanT bowcor.


Mamat yang bermimpi nak jadi Gossip Guy Nabil dan Irma dah break up weh!
Si penyedih yang mahukan peneman dalam bentuk manusia Kesiannya. Aku tahu macam mana rasanya putus cinta. 
Mamat yang bermimpi nak jadi Gossip Guy  Ops silap rupanya. Dorang on lagik!

Kawan yang anggap dirinya model tapi tak pernah dibayar Tq Azam sebab shoot gambar aku hari ni! Bertuah dapat jadi separuh dari portfolio ko!


Perempuan yang bosan dengan kerjanya dan tak sabar menunggu hari Jumaat TGI Friday!
Mamat yang korang pun tak ingat kenal macam mana Tengok wayang lagi best!
Orang yang tak pernah pernah beri komen Yay! Akhirnya!
Orang yang tak pernah dapat komen Seronok tuuu

Intan bukan nama sebenar is single 

Perempuan yang nak nampak macam misteri tapi bunyi macam dah sakit jiwa Apakah itu yang kulihat? Oh tidak! Tidak! Bukan itu!

Perempuan-yang-mari-saya-bagitahu-setiap-perkara-dalam-hidup-saya tengah research pasal kucing.


Kawan lama yang korang tak ingat muka sebab semua gambarnya cuma nampak 20% muka sahaja Nak pergi holiday kat Bali! More pics to come!


Kawan yang keliru sama ada Facebook ialah karaoke box I'll never be the same, if we ever meet again.


Si penyedih yang mahukan peneman dalam bentuk manusia perlukan berita gembira akhir-akhir ni.
Kawan yang suka LOL tapi tak kelakar pun Nak keluar hang out malam ni? Aku bosan la. LOL.


Perempuan-yang-mari-saya-bagitahu-setiap-perkara-dalam-hidup-saya sedang potong bawang


Perempuan yang bosan dengan kerjanya dan tak sabar menunggu hari Jumaat Jumaat dah dekat!



Kawan yang suka masuk bakul angkat sendiri tak sangka perempuan malas macam aku ni boleh joging pukul 7 pagi, 10 kali round trek pulak tu!
Si penyedih yang mahukan peneman dalam bentuk manusia aku tak dapat bangun seawal tu sebab menangis sepanjang malam.

Perempuan yang bosan dengan kerjanya dan tak sabar menunggu hari Jumaat 10 jam lagi sebelum hari Jumaat!


Mamat yang ada 2000 pengikut Facebook tapi korang tak faham kenapa tengah masak sup ayam untuk dinner!
400 people like this
View all 900 comments.
Perempuan-yang-mari-saya-bagitahu-setiap-perkara-dalam-hidup-saya aku pun!

Si penyedih yang mahukan peneman dalam bentuk manusia Dia tinggalkan aku. Macam mana aku nak hadapi semua ni! Aku benci hidup ni.

Intan bukan nama sebenar it's complicated. 

Perempuan-yang-mari-saya-bagitahu-setiap-perkara-dalam-hidup-saya nak floss gigi.

Perempuan yang bosan dengan kerjanya dan tak sabar menunggu hari Jumaat Mengira hari yang tinggal. Bila nak Jumaat ni?

Kawan yang anggap dirinya model tapi tak pernah dibayar Tq Aina dan make up artist! Korang memang berbakat! Tak sabar nak tengok pics tu!


Perempuan-yang-mari-saya-bagitahu-setiap-perkara-dalam-hidup-saya tengah memotong kereta lain.
Kawan yang suka masuk bakul angkat sendiri I done that a lot!


Mamat yang bermimpi nak jadi Gossip Guy Siti mengandung!
 
Perempuan yang bosan dengan kerjanya dan tak sabar menunggu hari Jumaat dah Jumaat ke belum ni?


Mamat yang profile pic nya selalu tak berbaju  menikmati angin dan matahari yang indah di Cherating.

Si penyedih yang mahukan peneman dalam bentuk manusia Tak suka rasa sunyi di rumah.



Kawan yang keliru sama ada Facebook ialah karaoke box I could really use a wish right now. 
Orang yang tak pernah pernah beri komen wish right now..wish right now..

Kawan yang suka masuk bakul angkat sendiri Macam mana aku boleh lepak kat gym awal pagi ni even semalam tido 3 jam je?

Perempuan yang nak nampak macam misteri tapi bunyi macam dah sakit jiwa Aku nampak lagi. Ah benci. Pergi kau.

Kawan yang tak boleh buang sign peace kat tangan dalam setiap profile pic nya jom shopping! Peace!

Perempuan yang bosan dengan kerjanya dan tak sabar menunggu hari Jumaat Thank God hari ni dah hari Rabu. Jumaat berapa hari je lagi!

Kawan yang patut simpan je cerita pasal badannya yang berfungsi Emo! Senggugut. PMS hari ni.

Kawan yang anggap dirinya model tapi tak pernah dibayar Ke photoshoot dengan photographer baru! Check out ni!

Perempuan-yang-mari-saya-bagitahu-setiap-perkara-dalam-hidup-saya tengah potong kuku kaki.


Haha agak synical kan? Tapi tu ialah the ugly truth. Dan saya mengaku, saya termasuk dalam hampir kesemua kategori tu. Padan muka saya. Lalala. Hanya renungan dan gurauan kasar. Haha.